Tuesday, October 6, 2009

feel better...

salam sume,

dah lama aku x update blog ni...aku rasa lebih 3 bulan aku x update...aku xde modal nak bercerita...aku bukanlah penglipur lara yang pandai bercerita dan aku rasa bukan sume perkara sesuai utk aku ceritakan dalam blog...cuma hari ni aku ada mud nak cerita pasal cuti aku yang lepas...aku baru je naik keja hari ni..setelah 4 hari aku bercuti merehatkan diri..

1st day(3hb oct 09)

hari sabtu lepas aku bercadang nak balik kg aku sblh mak di felda gedangsa atau selalu aku ckp balik tg.malim...aku pun bersiap la nak balik tp x jd lepas aku call wan (nenek aku), dia kata nak g merisik utk sepupu aku...so,aku x jd balik hr tu n janji ngn wan nak balik hr ahad...sepjg hr tu aku just rehat kat rumah...aku pun x tau nak wat apa selain mengemas rumah,masak n tido...dah lama aku x mkn bubur..apa lagi aku ambik periuk masak bubur,rebus telur masin n goreng ikan bilis.....memg mknn peberet aku.....dua kali gak la aku tambah sbb sedap hingga menjilat jari...tambah pulak aku tabur lada hitam tumbuk n kicap...fuh....memg nikmat rezki allah..walaupun mknn simple tp tetap sedap bg aku...dah puas mkn n tido aku keluar ngn sang arjuna pergi ambik angin ptg....dia pun boring duk rumah sorg2 xde wat apa...sblh mlm aku layan movie n tido...tamat la citer utk hr pertama...

2nd day(4hb oct 09)
hari ahad pg2 lg pok hel dah call kejut aku bgn nak htr aku balik tg malim...aku pun bersiap la apa yg patut...ini kali pertama dia nak g rumah wan..so,dia excited sikit sbb aku cerita suasana aku memg best n ada dusun buah...aku bersarapan kat hentian rawang..mkn nasi lemak seringgit..dia just mkn pau je...aku sampai wan xde kat rumah...org gaji dia (kak ita) kata ada kat rumah opah sblh....lama aku x jumpa wan...rasanya dekat 5 bulan..aku terus g rumah opah sblh..diorg tengah borak2..aku pun terus salam peluk cium wan...sebak gak rasa sbb hanya wan je nenek yang aku ada...atok, tokki n nenek sblh ayah pun dah lebih 2 tahun meninggal tahun yang sama...wan bgtau dia beli panadol sbb pening kepala,aku pun offer wan ajak g klinik..dia kata tgk la dulu...aku kenalkan dia pada wan...kami pun borak2 bertukar cerita..pok hel ambik peluang berjalan2 sambil ambik angin kg...dia memg suka suasana hidup kg...wan mintk kak ita masak ketam n ikan tenggiri yang mak n ayah aku bwk masa diorg balik minggu lepas...kak ita msk ketam rebus n ikan msk cili padi...separuh dia goreng...memg best dpt mkn org kg masak...dah kenyang mkn kiotrg pun rehat2 sambil borak...wan nak g klinik,aku kata bolehlah lepas zohor...lepas zohor gerak g tg malim n g poklinik bakti...lama gak la menunggu sbb doktor masuk pkl 3,check sekejap je...wan nak g damansara sbb nak g rumah mak lang..dia nak mak lang bwk g hospital pakar damnsara..nak jumpa personal doktor dia..so,aku x jd nak tido sana.aku balik kl semula n hantar wan rumah mak lang..alang2 aku beraya sekali sambil tengok baby nomi..Mia..aku duk sekejap je...aku x betah lagi nak duduk lama kat sana lepas apa yang jadi kat aku dulu....

3rd day(5hb oct 09)
isnin,hari yang membosankan sbb aku dah x tau nak wat apa...apa lagi aku layan movie,masak,mkn,tgk tv n tdo......nak berjalan pok hel keja....dia janji ngn aku nak kuar lepas magrib g byr duit sewa rumah aku n dia nak byr duit keta....aku pun apa lg ajak dia g tesco nak beli brg rumah dah byk abis stock....ada something yang jadi masa otw nak g tesco yang wat aku n dia gelak sakan..memg geli hati aku..sampai tesco pun still x abis gelak....nak citer kat cni x sesuai....biar aku n dia je yang tau...byk gak aku memborong hari tu...balik terus kemas dapur.....rasa best sikit nak memasak bahan nak masak sume cukup...

last day(6hb oct 09)
selasa(hari semalam),aku bgn awal sbb nak masak sarapan,dah lama aku x mkn telur goreng mkn ngn kacang panggang n roti...memg simple tapi memg best...sekali sekala mkn western...x lupa lada hitam tumbuk bagi menambahkan kelazatan sarapan aku pagi tu...lepas sarapan aku jemur baju yang dah tersadai semalaman....lebih kurg pkl 11 aku dah start masak sbb aku nak mkn pajeri terung..memg aku dah plan nak msk...sbnrnya aku x penah msk tapi aku cuba resepi aku sendiri.aku rasa sama mcm wat kari tapi ada kerisik n kering...cuma aku xde kerisik..apapun pajeri aku tetap menjadi...aku goreng ikan masin yang mak aku wat...pastu mkn panas2...memg best...sekali sekali x mkn berat...dah bosan mkn kat kedai....aku puas hati sbb aku dapat masak mknn yang aku suka n menjadi utk first time...aku x lupa nak bagi bekal kat pok hel n mintk komen dia...dia wat mkn malam...dia kata boleh tahan...huhuhu.....aku kata boleh buka kedai mkn la lepas ni.....sblh mlm aku cuma lipat kain n tgk tv....last sekali tido....zzzzzzzzzzzzzz.....


setakat ni jela post aku kali ni...sape nak baca silakan...nak komen apapun komen la....memg xde apapun yang menarik sbb aku cuma ingin bercerita sekali sekala tentg hidup ku....terima kasih pada yang sudi membaca....

wassalam,
stay cute....

Tuesday, July 21, 2009

cinta....

Org yg mencintai kamu....


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa
dia mencintai kamu. Dia juga tidak mengharap cintanya di balas. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu
satu-satunya.

2] Walaupun
kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak
perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi
impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati
dan matanya kamu selalu yang terbaik walaupun mungkin kamu merasa
berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu
tentang apa saja yang
kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu
akan mengirimkan SMS seperti 'selamat
pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS
itu lah dia menyatakan cintanya,
menyatakan dalam cara yang berbeda,
tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis
yang kamu adakan,
setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan
selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu
akan selalu mengingat setiap kejadian yang
dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah
melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan
saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa
berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu
selalu mengingati setiap kata-kata yang
kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah
mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa
banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya
kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu
akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran
kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa
kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati
kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema,
atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk
bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu
, peduli
tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila
ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS
'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu
akan memberikan suatu barang miliknya yang
mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang
itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu
akan terdiam sesaat, ketika sedang
bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah
menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu
ingin berada di dekat kamu dan
ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa
memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh
membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar
takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada
seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu
sering melakukan hal-hal yang SENGAL
seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu
di tengah malam dengan mengirim SMS
. Sebenarnya ketika itu dia sedang
memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu
kadang-kadang merindukan kamu dan
melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu
mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf
dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan
mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di
dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak
pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana
permintaan mu.

20.Kalau kamu
melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi
sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu
walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia
juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu
menjadi benda-benda berharga buatnya.

21]
Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi
menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,
walaupun hal itu membunuh hatinya..

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan
dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari
orang lain.
Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya
sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia
tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,
dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa
itu cinta.

Sunday, July 5, 2009

hari-hari yang berlalu...

salam...rasanya dah lama x update..last week aku bz ngan sign off Release 1 HSBB...dalam keadaan aku yang x berapa sihat aku gagahkan jugak keja seperti biasa...hanya tuhan je tau kesakitan yang terpaksa aku tanggung...dalam keadaan menahan kesakitan memg aku akui byk kesilapan yang tak di sengajakan yang aku wat masa bekerja...aku jadi benci dgn diri aku kerana aku x berhati2. aku xnak org sekeliling ku lihat aku lemah...semalam aku pegi klinik ambik ubat lagi...doktor menasihatkan aku berehat n nak bagi aku mc tapi aku xnak sbb mc aku dah maximum sbb warded hari tu..aku harap kepulangan ku ke kg pada kali ini dapat memberi ketenangan pada ku..aku mengharapkan ada keajaiban berlaku untuk mengubah hidup ku...pada sesiapa yang mengetahui masalah aku yang aku maksudkan tadi..hanya iringan doa yang aku minta dari sume..aku harap impian dan doaku di makbulkan Allah...amin..

hari ni aku bekerja seperti biasa tapi aku rasa lain sikit sbb bukan hubby aku yg hntr sbb dia kena g outstation ke penang...dia memg berat hati nak g sana sbb risaukan keadaan aku skrg...aku memg sedih gak smlm tapi aku kuatkan ht sbb dia pegi nak cari rezki...mlm tadi aku kena attack sekali je jantung aku tiba2 laju masa tido..maybe kesan ubat doktor bg smlm....hari ni pun aku x muntah sgt mcm hari2 sblm ni...tiap2 mlm dalam 3,4 kali jantung aku akan tiba2 laju n automatik kepala aku akan sakit teramat sgt...doktor kata sbb darah n oksigen x naik ke kepala...jadi aku takut nak tido...so,pagi g keja aku ngantuk cuma pagi ni aku rasa ok ckt..

okla sume...aku dah x tau nak tulis apa lagi..korg pun mesti dah bosan bc post aku yang xde benda menarik pun..aku tulis blog ni pun saje nak berkongsi rasa dgn sesiapa yang sudi membacanya...mekaseh...wassalam...


-be strong-

Wednesday, June 17, 2009

inilah namanya dugaan...

salam frenz,
lama aku x updated blog ni sbb aku bz n x sihat..aku admit lg kt pmc 10hb - 15hb lepas.maybe aku terlalu penat dgn keja.wpun keja aku ni x la stress tp sbb byk sgt berjalan g meeting,jntg aku xle nak support.di tambah pulak environment tempat keja yang sejuk, makin cepat jntg aku berdegup.badan aku pun susut sbb asyik mkn muntah je.skrg ni nasi pun aku x lalu mkn.aku baru masuk keja hr ni..memgla aku rasa x best asyik mc je tp nak wat camana,memg aku x upaya nak wat keja.ni pun aku kuatkan hati datang keja lwn sakit aku..bdn aku sejuk tapi berpeluh.apapun skrg aku nak cuba perubatan alternatif mcm homopati.aku nak sihat semula mcm dulu.apapun aku tetap redha apa jugak takdir hidup aku ni..doakan aku cepat sembuh...amin..

:-)kembali senyum

Sunday, May 31, 2009

sape dia ,suka hati nak warning macam tu????


salam all. post kali ni aku cuma nak citer perangai manusia yang xle nak adapt environment tempat baru. aku x kisah kalau 'dia' nak marah aku if x puas hati kat aku. xyah lah libatkan bos n budak team aku yang memg baik bagi aku. aku x pernah merungut apa jugak kerja aku kena wat sejak aku masuk keja cni. dah memg tanggungjawab aku wat apa jugak keja yang patut aku wat..aku pelik nape ada org yang memg dah berumur n dah ada pengalaman kerja mcm aku ni still lagi xle berfikiran matang. aku tau kedudukan aku sama level dengan dia tapi aku cuma bagi keja atas arahan bos aku. yang aku xle terima siap ngadu kat bapak dia. pulak tu call boss n budak sblh aku bagi warning nak terminate n siap pesan kat aku sekali. nape dia x call n ckp ngn aku sendiri. kesian diorg. bapak dia tu ceo TM ke boleh suka hati nak warning mcm tu..ni lah manusia bila senang n rasa berkuasa sikit terus lupa daratan. kalau rasa xle nak keja bwh arahan org keja la ngn bapak dia yang kononnya ada kuasa nak ugut2 org mcm tu..kalau ikutkan hati aku memg aku nak ckp direct ngn dia tapi sbb aku malas nak tambah sakit hati aku ni,nanti aku sakit lagi. dahla aku memg x berapa sihat lepas tau hal ni. weken nak relax pun xle sbb pk hal ni. okla,makin byk aku tulis makin sesak dada aku ni.. :-( dugaan ku...

Monday, May 25, 2009

shoping time...


salam...jumaat lepas dapat gaji...apa lagi hati ni x sabo2 nak g shoping.balik keja jumaat tu aku g melaram kat mid valley.mekaseh kat opismate aku (pah...butang baju abang mana pah?...) sbb temankan aku jalan...mula g mkn piza hut..aku teringin nak mkn mushroom sup n piza mkn 2 slice je dah kenyang...pastu kitorg sambung jalan2. ingat nak cari big apple tapi x jumpa kat mana...tengah jalan2 ternampak body shop wat sale up to 70%.aku beli white musk losyen...memg berbaloi....penat gak la berjalan sampai jantung aku ni dah start nk pam laju..aku decide nak g rumah x-opismate aku (kat eita princess) kat belakang midvalley je sbb nak lepak rumah dia weken hr tu..lagipun lama x jumpa dia sejak keja TM.mekaseh kak ta...sampai je rumah dia aku borak mcm2 ngn dia..aku memg byk kongsi masalah n nasihat aku mcm2..thanks god give me friends like her..so nice...

hari sabtu aku bgn awal gak sbb nak g shoping ngn opismate aku (farhan aka pen). housemate dia 2 org join sekali..mcm2 aku beli tapi yang x bestnya aku x dpt nak jalan2 sgt sbb byk kali berhenti duk rehat..jantung aku wat hal...bdn menggigil n nak muntah..kesian kat kwn2 lain nak shoping x puas sbb bwk aku yang sakit ni...aku xnak layan sgt sakit aku ni..aku lawan jugak sbb aku xnak penyakit ni jadi penghalang aku nak menjalani hidup mcm org biasa.aku redha dengan takdir aku.semoga allah tabahkan hati aku..dari masjid india ke jalan tar n lastly kat sogo..lari bajet gak la bulan ni...huhuhu...

esoknya hari ahad aku nak balik rumah aku..kak ta ajak teman dia g beli buku..so aku suggest g mph ou sbb byk choice n besar dari tempat lain...aku sempat gak rembat novel satu utk tambah koleksi n baca waktu lapang.dah alang2 aku g ou,apa lagi nak cari kasut la..mcm biasa aku g kedai walk in..kedai kasut peberet aku kat LG new wing ou...aku pulak yang lebih2..kesian kak ta penat jalan teman aku cari kasut...pastu masuk JJ kejap tapi xde yang menarik..pastu kak ta terus htr aku balik...kesian dia kejar masa nak g rumah kwn dia...mekaseh byk2 kak ta.

my hubby dah balik langkawi ahad lepas..mcm2 dia beli utk aku..yang paling aku suka dia beli kain batik warna peberet aku..memg cantik..i love him so much...okla..jiwang la pulak tiba2...nak pendek kata hari2 aku shoping..adatla pompuan.hahaha...okla stop utk post kali ni..take care guys..May Allah Bless U.

mazhel...:-)

Friday, May 22, 2009

friday come again...


salam kengkawan. takde apa nak citer pun. saje nak bagitau member sblh yang tengah cuti ni. tadi g mkn kat SR menara ngn geng OSS lain. kitorg ambik gambar ala-ala trademark dia. jgn marah ye...

yeye...esok cuti...i like friday. esok nak g shoping kat masjid india. nak g tengok wayang sume full. ingt nak tengok night at the muzium 2 tapi sume fully booked. malas nak g berasak beli tiket. xpela, lain kali.

tengah rindu ni...bucuk i g company trip ke langkawi..bestnya...sume tanggung. apala dia nak beli untuk i....bwk balik helang pun ok gak..hahaha...okla dah x tau nak tulis apa..

misshim....

Tuesday, May 19, 2009

selagi tak tutup mata...kerja...kerja....


salam prenz.. aku dalam workshop masa aku taip post kali ni. xde nak citer apa cuma aku nak citer pasal keja aku je. aku n team dah start bz dari bulan ni (mei) sampai bulan july. hari2 ada workshop untuk hsbb process. sampaikan nak ambik cuti pun susah. apapun aku tetap apply cuti 29/5 ni replace cuti wesak hari tu. kebetulan aku ada hal nak wat. best gak ada workshop ni, bole mkn free.huhuhu..task aku masa workshop ni kena ambik issues n outstanding je. kadang2 ngantuk gak. nasibla ada laptop,bole gak wat keja lain nak hilangkan ngantuk ni. dari workshop ni sikit sebanyak menambah ilmu aku pasal hsbb. selain tu aku bole kenal ramai orang yang terlibat untuk hsbb ni. aku memang suka bila ada kerja dari duk x wat apa. memg penat tapi rasa terluang masa n baru la kita ada something nak perform kat bos. aku happy dapat keja dalam team aku skrg. bos n member sblh aku ni memg best. minggu depan insyaallah dapat lagi 5 org team member. at least kurg sikit beban kerja waktu2 bz mcm skrg. start bulan depan (june) ada 2-3 session workshop dalam satu hari. so, team aku kena attend separate workshop. apapun aku suka dengan kerja aku skrg. byk benda baru aku belajar. okla dah x tau nak ngarut apa lagi. komen la ye..

:-)happy sokmo

Thursday, May 14, 2009

keindahan...


Keindahan

Ketika seseorang berada bersama orang yang paling mengerti hatinya, seringkali terbit perasaan semacam perasaan yang memilukan. Hanya saja bukanlah kepiluan atau kesepian yang sejati. Ini hanyalah semacam perasaan takjub terhadap kehidupan manusia.

Hanya kalau seseorang sudah mencapai serta merasakan taraf kehidupan yang terindah ini, perasaan seperti ini terbit. Ini sama dengan dasar keindahan sebuah sajak kuno yang lain, yang berbunyi:

memikirkan langit dan bumi lusanya tak terhingga,
munguncurkan air mata karena sadar kesendirian diri.

Itu bukan kepiluan, bukan kesepian.
Itu adalah keindahan.
Keindahan yang dapat menggetarkan sukma!
Keindahan yang juga dapat mematahkan semangat!

Seseorang yang belum pernah merasakan dasar keindahan ini, berarti yang dia miliki benar-benar kehidupan yang sepi!:


(:azhmel


Monday, May 11, 2009

SUPRAVENTRICAL TACHYCARDIA



salam sume kengkawan...aku mc lagi seminggu last week atas sebab kesihatan aku yang x begitu baik kebelakangan ni.aku memg x suka ambik mc selagi tak sakit teruk tapi sejak aku kena SVT or nama panjangnya SUPRAVENTRICAL TACHYCARDIA memg jantung aku x stabil walaupun punca sakit lain mcm demam.seminggu aku berehat.alhamdulillah skrg aku dah rasa sihat semula.sebenarnya aku takut jugak terlalu kerap mc sebab menjejaskan prestasi kerja aku.apapun aku berharap aku sihat semula.walaupun hidup aku skrg bergantung pada ubat tapi aku harap sakit aku akan sembuh nanti.semoga allah makbulkan doa ku di panjangkan umur dan di percepatkan jodoh.terlalu banyak dugaan aku tempoh sejak kebelakangan ni tapi aku takkan putus asa.aku kuatkan hati supaya jangan cepat mengalah.

kadang2 aku mempertikaikan takdir ku yang penuh dengan dugaan tapi aku cepat sedar dan beristifar.aku taknak jadi hamba-Nya yang tak bersyukor.aku tau ada org lain lagi yang lebih berat dugaannya dari aku.sekurang2nya aku masih mampu menikmati nikmat dan rezeki allah yang aku miliki skrg.semoga allah kuatkan iman ku dan lindungiku dari sebarang perkara yang tak di ingini.maybe post kali ni hanya sekadar peringatan untuk aku dan sesaper yang membacanya.

"sayangila jantung kita"

:)mazz

Monday, April 27, 2009

dugaan...

salam,

Dugaan mendewasakan manusia n mengingatkan manusia supaya lebih menginati-Nya selalu. sepanjang 28 tahun aku hidup terlalu byk dugaan yang aku tempoh tapi aku x pernah mengalah n berputus asa. seberat mana masalah n dugaan aku tetap kuatkan hati n berdoa semoga ada hikmah di sebalik sume dugaan. aku menulis hanya untuk renungan aku dan sesiapa yang membaca post ni.

Dugaan aku skrg maybe dugaan paling berat yang aku tempoh sbb melibatkan nyawa aku walaupun doktor kata boleh sembuh. doktor kata sakit aku ni memg boleh datang bila2 masa walaupun dalam keadaan aku x aktif. malah semasa aku menaip ni jantung sedang berdegup laju n aku rasa susah nak bernafas. dari skrg aku kena elak sume mkn tinggi kolestrol atas nasihat doktor. first sekali aku kena elak mkn telur, ke-2 sume organ2 dalam mcm hati o pedal ayam, ke-3 seafood n last sekali of course daging kambing n lembu. aku kena tambahkan masa bersenam n doktor x bagi aku diet tapi kena pilih mknn la.

so,wat kwn2 sume berjaga la dari skrg. amalkan cara hidup sihat sblm sakit. apapun jgn lupa ambik insurans sendiri utk masa depan kita n waris. okla,setakat ni je. org sblh kata dah complaint nampak pjg je post ni...huhuhu..jgn mrh...pendek je...

-kezekcute-

Friday, April 24, 2009

syukor....

Salam,

Syukor alhamdulillah aku masih bernafas..wat pertama kalinya dalam hidup, aku menulis blog. nipun sbb tengok member sblh asyik ngn blog..huhu...maybe org yang first time baca pun org sblh ni jugak....jgn marah...aku tulis blog ni pun sbb bosan xde keja....
setelah seminggu mc akhirnya aku balik bekerja seperti biasa..memang mental duk hospital.kalau boleh aku dah xnak masuk hospital lagi..lainla kalau sakit bersalin memg kena g la..kalau x mana nak cari bidan skrg ni...
hari pertama (aku admit 14/04/09 kat pantai medical centre) memg aku xle tido. takut pun ada. duk bilik 2 org je. adalah akak sebelah tapi tetap rasa lain mcm je...aku pernah dengar citer mcm2 kisah org duk hospital ni..maklumla mesti ada org meninggal kan..aku pun terpk samada katil aku tu pernah org meninggal ke x...mana la tau badi pulak..tapi alhamdulillah xde apa. hari pertama aku dah kena pakai halter,alat untuk monitor degupan jantung aku. alat tu aku kena pakai 24 jam..memg rimas la sikit berselirat wayar n bergantung kat badan. dahla xle mandi tapi boleh la nak solat ambik sbyg. mcm biasala nurse check bp(blood pressure) n suhu bdn, yang pasti memg heart beat aku laju masa tu dalam 113 per minit sbb tu aku kena admit.

esoknya (15/4/09) nurse dah datang kacau aku pukul 4 pagi check bp n suhu badan aku. bp aku ok n waktu mlm heart beat aku normal 80 sbb aku dalam keadaan rehat. lepas tu baru aku boleh tido sbb aku rasa dah nak siang.
huh...pjg la nak citer..aku wat kesimpulan jela...memg x best duk hospital....aku discharged hari sabtu (18/04/09) petang. bermakna 4 hari aku duk situ. memg mental giler. aku bersyukor sbb aku dah makin sihat n doktor bagi ubat. sementara ni aku kena mkn ubat..doktor kata jantung aku probelm sikit sbb aku bila aku penat jantung aku pam laju..so aku kena relaks selalu.
apapun terima kasih kat family n kwn2 yang datang melawat n doakan aku cepat sembuh...
setakat nila dulu. first time tulis dah pjg lebar..
kalau ada komen jangan malu2 kucing hantar jela...huhuhu..
wassalam...mazz yang cute..