Tuesday, January 19, 2010

Aku bukan manusia sempurna.

Aku hanya manusia biasa
Aku hanya makhluk Allah yang menumpang di dunia ini
Aku tahu aku bukan manusia sempurna
Aku sedar diri dan tahu kelemahan diri
Aku tidak pernah lupa siapa diri dan asalku
Aku tidak pernah terniat untuk bermegah apa jua yang ku miliki
Aku bersyukur dengan segala nikmat Allah kurniakan padaku

Tapi

Aku tidak tahu ada orang yang tidak senang hati
Aku tidak tahu ada orang yang memerhatikan kelemahan diri kita
Aku tidak tahu ada orang yang mempertikaikan cara kita
Aku tidak tahu kemesraan kita dengan orang lain menjadi duri dalam daging
Aku tidak tahu adanya orang yang suka melihat aku jatuh
Aku juga tidak tahu mengapa ada orang suka menghukum tanpa menilai dulu

Mungkin

Aku tidak prihatin ada orang tidak suka diriku lebih dari dirinya
Aku tidak sedar ada orang yang tidak suka menghormati orang lain
Aku tidak pandai mengambil hati orang yang lebih suka diri di sanjung
Aku tidak perasan ada orang yang berbangga dengan nikmat yang dimiliki untuk menunjuk
Aku juga tidak terfikir ada juga orang tidak sedar diri yang dia tidak di sukai kerana terlalu bermegah dengan kelebihan diri


Oleh itu

Aku kena lebih berhati-hati memilih kawan atau lawan
Aku kena beringat jangan terlalu mempercayai orang
Aku kena lebih prihatin dengan anasir jahat yang boleh menjatuhkan aku
Aku kena berfikir betul2 sebelum melakukan sesuatu
Aku kena banyak belajar untuk menyenangkan hati orang lain
Aku juga kena lebih bertawakal dan berdoa supaya sentiasa dilindungi Allah sentiasa

Aku yang tidak sempurna

Sunday, January 17, 2010

TM's HQ Family Day 2009






TM'S HQ FAMILY DAY
TAMAN DESA WATER PARK
16 JANUARY 2010





Wednesday, January 13, 2010

Bengang siot....

Salam,

Kali ni aku nak luahkan perasaan aku yang tengah bengang pada orang yang suka menghebahkan hal yang remeh temeh pada org lain. Bagi aku,selagi kita boleh setle sendiri masalah tanpa melibatkan org lain,x payah la nak inform pada sume orang kesalahan org lain. Kalau kita dah mengaku silap kita dan kita takkan ulang benda yang sama lagi,x payah la sampai nak shoot email pada sume org,seolah-olah nak mengaibkan kita. Dan tentu kita akan terasa hati, seolah2 kita dah wat masalah besar.

Kalau ikutkan hati,mcm2 hal boleh complaint pasal keja dia yang kucar kacir tapi aku xde pun nak shoot email kat bos nak menjatuhkan dia. Kita bekerja ni biarlah happy n xyahla nak berlagak bagus. Mcm dia je yang wat keja elok n x sedar diri sendiri lebih byk wat kesilapan dari org lain. Xde manusia yang sempurna dlm dunia ni,so x payah la menjadi manusia yang boleh bertongkat langit,bagaikan dia akan hidup kekal selamanya.

Aku x suka nak marah2 orang tapi aku cume x puas hati kalau ada org yang suka menjatuhkan orang lain. Okla,terpulgla pada korg untuk menilai post aku kali ni. Semoga kita sentiasa muhasabah diri kta dari asyik mencari salah org lain.

Hanya terkilan,
-MaZz.

Persona ku terluka....

Salam,

Waaaaaaa..persona sayangku terluka di bahagian depan n belakang sebelah kiri kerana menjadi mangsa tengah2 yang dilanggar dari keta belakang. Nasibla tak langgar tengah2,kalau x lagi teruk. Sekarang ada kat bengkel panel proton,paling lama 3 minggu baru siap. Rindu la i kat dia. Patah kaki la sikit nak g 'berderat'. Belakang la teruk. Driver keta kancil belakang tu kata x nampak keta aku. Nasibla dia mengandung,my hubby tak jadi marah sebab dia menahan sakit maybe kena streng kat perut dia. Keta depan pun terkena sikit sebab keta aku bergerak ke depan lepas di langgar dari belakang. Nasibla dia mengaku salah and aku claim atas insurans dia. Korang tengokla gambar ni.



Still sad,
-Mazz

Sunday, January 10, 2010

Azam dan dugaan?






Salam semua,

Dah lama giler x update blog. Aku ni bukanla jenis org yang pandai menyusun kata untuk meluahkan apa yang aku rasa untuk tatapan umum tapi kadang2 aku rasa ingin menulis apa saje tentang hidup aku. Sepanjang tahun 2009 yang sudah berlalu,terlalu byk suka duka dan dugaan yang aku tempoh. Kisah duka dan dugaan ku biarlah hanya aku dan org2 yang terdekat dengan ku sahaja mengetahuinya.

Azam aku tahun lepas ada yang tidak dapat ku capai tapi aku pastikan aku akan lakukan tahun ini. Salah satu azam aku tahun lepas yang dapat aku capai ialah mendapat status permanent pada 30 Disember lepas sblm menjelang 2010. Aku memg happy sgt. Sekurg-kurgnya ada juga azam aku yang tercapai. Yang penting aku bahagia bersama si dia yang byk mengajar aku erti kehidupan sebenar.

Aku x berapa sihat 2-3 hr ni. Kadang2 aku terlupa yang Allah selalu ingat pada kita jika kita sakit supaya kita bertambah mengingati-Nya. Aku redha dengan apa jua dugaan yang akan mendatang. Yang pasti aku akan melakukan yang terbaik untuk diriku untuk mengubah hidup ku ke arah yang lebih baik dari skrg. Semoga Allah sentiasa memberiku petunjuk ke jalan yang lurus di dunia dan akhirat.

Aku ingin berkongsi memori bahagia ku bersama si dia di PD cuti tahun baru hari tu. Aku terima dia seadanya seperti menerima ku seadanya. Ku harap percintaanku berakhir dengan kisah bahagia seperti yang diimpikan pasangan lain. Semoga jodoh kami panjang hingga ke jinjang pelamin dan akhir hayat kami.

Semoga aku,dia,family dan kwn2ku dilimpahai rahmat darinya. Amin. Setakat ni saje psot aku kali ni.

Stay cute...:)
-Mazz