Sunday, January 10, 2010

Azam dan dugaan?






Salam semua,

Dah lama giler x update blog. Aku ni bukanla jenis org yang pandai menyusun kata untuk meluahkan apa yang aku rasa untuk tatapan umum tapi kadang2 aku rasa ingin menulis apa saje tentang hidup aku. Sepanjang tahun 2009 yang sudah berlalu,terlalu byk suka duka dan dugaan yang aku tempoh. Kisah duka dan dugaan ku biarlah hanya aku dan org2 yang terdekat dengan ku sahaja mengetahuinya.

Azam aku tahun lepas ada yang tidak dapat ku capai tapi aku pastikan aku akan lakukan tahun ini. Salah satu azam aku tahun lepas yang dapat aku capai ialah mendapat status permanent pada 30 Disember lepas sblm menjelang 2010. Aku memg happy sgt. Sekurg-kurgnya ada juga azam aku yang tercapai. Yang penting aku bahagia bersama si dia yang byk mengajar aku erti kehidupan sebenar.

Aku x berapa sihat 2-3 hr ni. Kadang2 aku terlupa yang Allah selalu ingat pada kita jika kita sakit supaya kita bertambah mengingati-Nya. Aku redha dengan apa jua dugaan yang akan mendatang. Yang pasti aku akan melakukan yang terbaik untuk diriku untuk mengubah hidup ku ke arah yang lebih baik dari skrg. Semoga Allah sentiasa memberiku petunjuk ke jalan yang lurus di dunia dan akhirat.

Aku ingin berkongsi memori bahagia ku bersama si dia di PD cuti tahun baru hari tu. Aku terima dia seadanya seperti menerima ku seadanya. Ku harap percintaanku berakhir dengan kisah bahagia seperti yang diimpikan pasangan lain. Semoga jodoh kami panjang hingga ke jinjang pelamin dan akhir hayat kami.

Semoga aku,dia,family dan kwn2ku dilimpahai rahmat darinya. Amin. Setakat ni saje psot aku kali ni.

Stay cute...:)
-Mazz

No comments:

Post a Comment