Waaaaaaa..persona sayangku terluka di bahagian depan n belakang sebelah kiri kerana menjadi mangsa tengah2 yang dilanggar dari keta belakang. Nasibla tak langgar tengah2,kalau x lagi teruk. Sekarang ada kat bengkel panel proton,paling lama 3 minggu baru siap. Rindu la i kat dia. Patah kaki la sikit nak g 'berderat'. Belakang la teruk. Driver keta kancil belakang tu kata x nampak keta aku. Nasibla dia mengandung,my hubby tak jadi marah sebab dia menahan sakit maybe kena streng kat perut dia. Keta depan pun terkena sikit sebab keta aku bergerak ke depan lepas di langgar dari belakang. Nasibla dia mengaku salah and aku claim atas insurans dia. Korang tengokla gambar ni.
Dah lama giler x update blog. Aku ni bukanla jenis org yang pandai menyusun kata untuk meluahkan apa yang aku rasa untuk tatapan umum tapi kadang2 aku rasa ingin menulis apa saje tentang hidup aku. Sepanjang tahun 2009 yang sudah berlalu,terlalu byk suka duka dan dugaan yang aku tempoh. Kisah duka dan dugaan ku biarlah hanya aku dan org2 yang terdekat dengan ku sahaja mengetahuinya.
Azam aku tahun lepas ada yang tidak dapat ku capai tapi aku pastikan aku akan lakukan tahun ini. Salah satu azam aku tahun lepas yang dapat aku capai ialah mendapat status permanent pada 30 Disember lepas sblm menjelang 2010. Aku memg happy sgt. Sekurg-kurgnya ada juga azam aku yang tercapai. Yang penting aku bahagia bersama si dia yang byk mengajar aku erti kehidupan sebenar.
Aku x berapa sihat 2-3 hr ni. Kadang2 aku terlupa yang Allah selalu ingat pada kita jika kita sakit supaya kita bertambah mengingati-Nya. Aku redha dengan apa jua dugaan yang akan mendatang. Yang pasti aku akan melakukan yang terbaik untuk diriku untuk mengubah hidup ku ke arah yang lebih baik dari skrg. Semoga Allah sentiasa memberiku petunjuk ke jalan yang lurus di dunia dan akhirat.
Aku ingin berkongsi memori bahagia ku bersama si dia di PD cuti tahun baru hari tu. Aku terima dia seadanya seperti menerima ku seadanya. Ku harap percintaanku berakhir dengan kisah bahagia seperti yang diimpikan pasangan lain. Semoga jodoh kami panjang hingga ke jinjang pelamin dan akhir hayat kami.
Semoga aku,dia,family dan kwn2ku dilimpahai rahmat darinya. Amin. Setakat ni saje psot aku kali ni.
dah lama aku x update blog ni...aku rasa lebih 3 bulan aku x update...aku xde modal nak bercerita...aku bukanlah penglipur lara yang pandai bercerita dan aku rasa bukan sume perkara sesuai utk aku ceritakan dalam blog...cuma hari ni aku ada mud nak cerita pasal cuti aku yang lepas...aku baru je naik keja hari ni..setelah 4 hari aku bercuti merehatkan diri..
1st day(3hb oct 09)
hari sabtu lepas aku bercadang nak balik kg aku sblh mak di felda gedangsa atau selalu aku ckp balik tg.malim...aku pun bersiap la nak balik tp x jd lepas aku call wan (nenek aku), dia kata nak g merisik utk sepupu aku...so,aku x jd balik hr tu n janji ngn wan nak balik hr ahad...sepjg hr tu aku just rehat kat rumah...aku pun x tau nak wat apa selain mengemas rumah,masak n tido...dah lama aku x mkn bubur..apa lagi aku ambik periuk masak bubur,rebus telur masin n goreng ikan bilis.....memg mknn peberet aku.....dua kali gak la aku tambah sbb sedap hingga menjilat jari...tambah pulak aku tabur lada hitam tumbuk n kicap...fuh....memg nikmat rezki allah..walaupun mknn simple tp tetap sedap bg aku...dah puas mkn n tido aku keluar ngn sang arjuna pergi ambik angin ptg....dia pun boring duk rumah sorg2 xde wat apa...sblh mlm aku layan movie n tido...tamat la citer utk hr pertama...
2nd day(4hb oct 09) hari ahad pg2 lg pok hel dah call kejut aku bgn nak htr aku balik tg malim...aku pun bersiap la apa yg patut...ini kali pertama dia nak g rumah wan..so,dia excited sikit sbb aku cerita suasana aku memg best n ada dusun buah...aku bersarapan kat hentian rawang..mkn nasi lemak seringgit..dia just mkn pau je...aku sampai wan xde kat rumah...org gaji dia (kak ita) kata ada kat rumah opah sblh....lama aku x jumpa wan...rasanya dekat 5 bulan..aku terus g rumah opah sblh..diorg tengah borak2..aku pun terus salam peluk cium wan...sebak gak rasa sbb hanya wan je nenek yang aku ada...atok, tokki n nenek sblh ayah pun dah lebih 2 tahun meninggal tahun yang sama...wan bgtau dia beli panadol sbb pening kepala,aku pun offer wan ajak g klinik..dia kata tgk la dulu...aku kenalkan dia pada wan...kami pun borak2 bertukar cerita..pok hel ambik peluang berjalan2 sambil ambik angin kg...dia memg suka suasana hidup kg...wan mintk kak ita masak ketam n ikan tenggiri yang mak n ayah aku bwk masa diorg balik minggu lepas...kak ita msk ketam rebus n ikan msk cili padi...separuh dia goreng...memg best dpt mkn org kg masak...dah kenyang mkn kiotrg pun rehat2 sambil borak...wan nak g klinik,aku kata bolehlah lepas zohor...lepas zohor gerak g tg malim n g poklinik bakti...lama gak la menunggu sbb doktor masuk pkl 3,check sekejap je...wan nak g damansara sbb nak g rumah mak lang..dia nak mak lang bwk g hospital pakar damnsara..nak jumpa personal doktor dia..so,aku x jd nak tido sana.aku balik kl semula n hantar wan rumah mak lang..alang2 aku beraya sekali sambil tengok baby nomi..Mia..aku duk sekejap je...aku x betah lagi nak duduk lama kat sana lepas apa yang jadi kat aku dulu....
3rd day(5hb oct 09) isnin,hari yang membosankan sbb aku dah x tau nak wat apa...apa lagi aku layan movie,masak,mkn,tgk tv n tdo......nak berjalan pok hel keja....dia janji ngn aku nak kuar lepas magrib g byr duit sewa rumah aku n dia nak byr duit keta....aku pun apa lg ajak dia g tesco nak beli brg rumah dah byk abis stock....ada something yang jadi masa otw nak g tesco yang wat aku n dia gelak sakan..memg geli hati aku..sampai tesco pun still x abis gelak....nak citer kat cni x sesuai....biar aku n dia je yang tau...byk gak aku memborong hari tu...balik terus kemas dapur.....rasa best sikit nak memasak bahan nak masak sume cukup...
last day(6hb oct 09) selasa(hari semalam),aku bgn awal sbb nak masak sarapan,dah lama aku x mkn telur goreng mkn ngn kacang panggang n roti...memg simple tapi memg best...sekali sekala mkn western...x lupa lada hitam tumbuk bagi menambahkan kelazatan sarapan aku pagi tu...lepas sarapan aku jemur baju yang dah tersadai semalaman....lebih kurg pkl 11 aku dah start masak sbb aku nak mkn pajeri terung..memg aku dah plan nak msk...sbnrnya aku x penah msk tapi aku cuba resepi aku sendiri.aku rasa sama mcm wat kari tapi ada kerisik n kering...cuma aku xde kerisik..apapun pajeri aku tetap menjadi...aku goreng ikan masin yang mak aku wat...pastu mkn panas2...memg best...sekali sekali x mkn berat...dah bosan mkn kat kedai....aku puas hati sbb aku dapat masak mknn yang aku suka n menjadi utk first time...aku x lupa nak bagi bekal kat pok hel n mintk komen dia...dia wat mkn malam...dia kata boleh tahan...huhuhu.....aku kata boleh buka kedai mkn la lepas ni.....sblh mlm aku cuma lipat kain n tgk tv....last sekali tido....zzzzzzzzzzzzzz.....
setakat ni jela post aku kali ni...sape nak baca silakan...nak komen apapun komen la....memg xde apapun yang menarik sbb aku cuma ingin bercerita sekali sekala tentg hidup ku....terima kasih pada yang sudi membaca....
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikanalasan kenapa dia mencintai kamu. Dia juga tidak mengharap cintanya di balas. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerimakamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang terbaik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahutentang apa saja yang kamu lalui sepanjanghari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya,menyatakan dalam cara yang berbeda, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untukmengucapkan selamat atau mengirim SMS. 7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadianyang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu. 15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya..
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasamenunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
salam...rasanya dah lama x update..last week aku bz ngan sign off Release 1 HSBB...dalam keadaan aku yang x berapa sihat aku gagahkan jugak keja seperti biasa...hanya tuhan je tau kesakitan yang terpaksa aku tanggung...dalam keadaan menahan kesakitan memg aku akui byk kesilapan yang tak di sengajakan yang aku wat masa bekerja...aku jadi benci dgn diri aku kerana aku x berhati2. aku xnak org sekeliling ku lihat aku lemah...semalam aku pegi klinik ambik ubat lagi...doktor menasihatkan aku berehat n nak bagi aku mc tapi aku xnak sbb mc aku dah maximum sbb warded hari tu..aku harap kepulangan ku ke kg pada kali ini dapat memberi ketenangan pada ku..aku mengharapkan ada keajaiban berlaku untuk mengubah hidup ku...pada sesiapa yang mengetahui masalah aku yang aku maksudkan tadi..hanya iringan doa yang aku minta dari sume..aku harap impian dan doaku di makbulkan Allah...amin..
hari ni aku bekerja seperti biasa tapi aku rasa lain sikit sbb bukan hubby aku yg hntr sbb dia kena g outstation ke penang...dia memg berat hati nak g sana sbb risaukan keadaan aku skrg...aku memg sedih gak smlm tapi aku kuatkan ht sbb dia pegi nak cari rezki...mlm tadi aku kena attack sekali je jantung aku tiba2 laju masa tido..maybe kesan ubat doktor bg smlm....hari ni pun aku x muntah sgt mcm hari2 sblm ni...tiap2 mlm dalam 3,4 kali jantung aku akan tiba2 laju n automatik kepala aku akan sakit teramat sgt...doktor kata sbb darah n oksigen x naik ke kepala...jadi aku takut nak tido...so,pagi g keja aku ngantuk cuma pagi ni aku rasa ok ckt..
okla sume...aku dah x tau nak tulis apa lagi..korg pun mesti dah bosan bc post aku yang xde benda menarik pun..aku tulis blog ni pun saje nak berkongsi rasa dgn sesiapa yang sudi membacanya...mekaseh...wassalam...
salam frenz, lama aku x updated blog ni sbb aku bz n x sihat..aku admit lg kt pmc 10hb - 15hb lepas.maybe aku terlalu penat dgn keja.wpun keja aku ni x la stress tp sbb byk sgt berjalan g meeting,jntg aku xle nak support.di tambah pulak environment tempat keja yang sejuk, makin cepat jntg aku berdegup.badan aku pun susut sbb asyik mkn muntah je.skrg ni nasi pun aku x lalu mkn.aku baru masuk keja hr ni..memgla aku rasa x best asyik mc je tp nak wat camana,memg aku x upaya nak wat keja.ni pun aku kuatkan hati datang keja lwn sakit aku..bdn aku sejuk tapi berpeluh.apapun skrg aku nak cuba perubatan alternatif mcm homopati.aku nak sihat semula mcm dulu.apapun aku tetap redha apa jugak takdir hidup aku ni..doakan aku cepat sembuh...amin..